Wednesday 19 May 2021

PERPADUAN DI MALAYSIA

 


PENGENALAN

  • Penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada  semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya, digunakan dalam sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
  •  Malaysia merupakan salah satu  negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia  Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api

SEJARAH PERPADUAN

Pada tahun 1946, Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukaan Malayan Union.

usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam UMNO pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO pada ketika itu.

Lihatlah, betapa besarnya visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata.

Hari ini, sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah usaha dan keputusan yang kita buat seolah-olah sedang mengulang tulis sejarah yang telah dicoretkan oleh Allahyarham Dato’ Onn.


 


BENDERA UMNO 90 an

DATO ONN JAAFAR




KEPENTINGAN PERPADUAN

  • Mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
  • Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum.
  • Melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.  Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman  luar dan dalam negara.
  • Mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.


KESAN POSITIF

  • kita dapat belajar kehidupan kaum lain seperti dari segi pakaian.kehidupan makanan dan lain lain lagi 
  • wujudnya sekolah melayu,cina dan India 
  • dapat membangunkan ekonomi negara 
  •  dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka 
  •  dapat mengelakkan semangat Asabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri 

KESAN NEGATIF
  • perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi
  • wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum lain kerna sifat perkauman
  • keamanan negara terjejas sekiranya ada sifat "RACIST"


KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
 
Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.


POLITEKNIK MERLIMAU 

MUHANMMAD NAZARUDDIN BIN JAAFAR (14DHF20F2028)
IFFA SHAHWANIE BT AZAHAR (14DHF20F2008)
MUHAMMAD HAFIZ BIN HAMIR (14DHF20F2027)
SITI NUR ATIQAH BINTI FIRDAUS LIEW (14DHF20F2035)






19 comments:

PERPADUAN DI MALAYSIA

  PENGENALAN Penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk ke...